Saturday, 12 October 2013

3 perasaan yang berbeza

Assalamualaikum w.b.t
entry kali ni mira nak kongsikan ialah perasaan yang pernah dirasai oleh mira sendiri.
.............................
kita berkawan memang lumrah dan fitrah manusia yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa.
Akan tetapi kita tidak menyedari bahawa sepanjang kita berkawan tu,semestinya akan menimbulkan satu perasaan antara lelaki dan perempuan iaitu suka terhadap pasangan itu sendiri sehinggalah lah timbulnya rasa sayang dan terbitlah rasa cinta akhirnya.
...................................
.................
................................
Suka,Sayang,Cinta
.....................
3 lumrah kehidupan
3 perasaan
3 perbezaan
....................................
suka ialah suatu perasaan yang kita hanya boleh gambarkan hanya untuk suka-suka..ataupun tidak boleh 
dianggap serius.suka untuk berkawan,suka untuk bermain,..semualah..ia random.kita tak dapat nak klasifi dalam bentuk yang tetap.
Suka hanya mampu melihat,tidak dapat rasa,tidak dapat balasan dan hanya memendam..
...................
berbeza pula dengan sayang..
sayang merupakan satu perasaan yang cukup indah.samada sayang terhadap adik beradik ataupon kawan.
dengan sayang kita mampu merasa sedih,suka,gembira.
Jikalau kita mempunyai pasangan,kita sayang terhadap pasangan kita,Insyallah kalau kita tiada
jodoh kita mampu untuk melepaskan pasangan kita satu hari nanti.Hal ini
kerana,sayang masih tidak mampu memiliki hati seseorang itu dan kita hanya mampu melihat dan merasa sahaja pengalaman sepanjang bersama dengannya.
...................................
...............................
...............
CINTA
terlalu susah nak didefinisikan..hanya sesiapa yang pernah merasainya baru tahu apa maksud cinta.
cinta ialah suatu perasaan yang suci dan indah tetapi memerlukan sedikit pengorbanan.
sebelum cinta,kita akan merasa suka dan sayang.dalam perjalanan nak menempuh semua tu,kita akan merasa sakit,sedih,pahit baru rasa bahagia,suka,gembira.
.................
jika kita mencintai seseorang kita akan merasakan ada satu tanggungjawab yang harus dipikul.
rasa ingin menjaga
menghargai
menyayangi
merindui
melengkapi
dan
MEMILIKI..

apabila kita merasai beberapa perasaan dan tanggungjawab tersebut dan juga refeks terhadap diri kita balik,barulah dinamakan cinta.cinta yang diakhiri dengan sebuah ikatan yang
suci dan halal iaitu perkahwinan.Insyallah.
..........................
love and hugs,
MiszMirot

Copyright© All Rights Reserved nuramirafarizaahmad.blogspot.com